Tuesday, 26 August 2014

LONG DISTANCE

sumber asal: pinoy rap radio

Long Distance Relationship aren’t always ideal. In fact, they’re really tough. You spend countless of hours just talking through a phone or through a screen. You can’t see the person when you want to or when you most need them.. You can’t hug, you can’t hold hands, you can’t kiss. You lose the intimacy in a physical sense. But then, Your relationship becomes based on each other and nothing else.
You learn to communicate,because a long-distance relationship without communication is nothing.
You learn to trust, because you can’t always see or know everything the person is doing.
You learn to sacrifice, because someone’s always going to lose a bit of sleep from the time difference.
And lastly, you learn to appreciate.
❝ Listen to Pinoy Rap Radio
www.pinoyrapradio.com ❞
So often, we take for granted the people and relationships in our lives because we think they’ll always be there.
But When you only have a limited amount of time with a person,
you learn to appreciate and cherish every single moment you have with them.
When you finally see that person after weeks or months of seeing them only through a computer screen,
It is one of the greatest feelings in the world.
When you’ve waited for something so long and you finally have it,
you cherish it. The key to a long-distance relationship is faith.
If both of you are not willing to give up,
If both of you are willing to stand up and still try after every time one of you or both of you fall.
“Distance isn’t for the fearful, it’s for the bold ".
It’s for those who are willing to spend a lot of time alone in exchange for the little time with the one they love.
It’s for knowing a good thing when they see it, even if they don’t see it nearly enough.”

Putus Tunang

Pukul 4 petang. Suasana agak tenang, tak banyak kenderaan yang lalu di kawasan Masjid Kampung Kenanga. Selesai solat Zohor tadi, aku baca Al-Quran dan selepas itu hanya duduk di tangga masjid. Sekali-sekala aku buka aplikasi wechat, whatsapp dan instagram, sekadar meninjau, mana lah tahu ada sesuatu yang menarik. Lebih kurang 300 meter dari masjid boleh nampak orang ramai membeli belah di deretan bangunan kedai di seberang jalan. Aku hanya memerhati dari jauh, gelagat dan kerenah manusia-manusia yang kelihatan gembira seperti tiada masalah yang mereka hadapi. Mereka juga manusia biasa seperti aku. "Ahhh, mungkin diorang juga ada masalah, cuma aku yang tak tahu, sebab diorang tak bagitahu kat aku". Keluh hati aku yang gelisah memikirkan masa depanku.

Sejak putus tunang, hidup aku tak menentu. Aku sentiasa mencari apa punca dan penyebab pertunangan aku putus. Bagi aku pergaduhan itu perkara biasa, perselisihan faham itu memang asam garam dalam percintaan lebih-lebih lagi bila sudah berumahtangga. Jadi aku memang tak dapat terima pergaduhan sebagai alasan untuk kami putus, Pasti ada sebab lain.

Sedang aku asyik termenung, tiba-tiba datang seorang lelaki yang aku anggarkan berusia dalam 30-an. Dia datang menghampiri aku. "jauh termenung dik, fikir apa?." Aku terdiam seketika, berkira-kira sama ada aku patut menceritakan masalah aku pada dia atau tidak.

"Hidup ni memang perlu ada masalah. Tak best la kalau tak ada masalah. Kalau kita tak rasa pahitnya ujian, macam mana kita nak rasa manisnya kebahagian." kata-kata dia memecah kebuntuan aku yang membisu seketika tadi, mungkin dia perasan yang aku memang ada masalah. Aku faham niat dia, nak tenangkan hati aku dengan kata-kata semangat. Tapi kata-kata semangat seperti itu sudah berkali-kali ku dengar dan baca di twitter dan facebook. Aku dah muak dengan kata-kata semangat seperti itu yang terlalu berkias membuatkan aku tak faham apa yang ingin disampaikan. Aku bertanya, "apa maksud abang? saya tak faham." sambil memandang tepat pada matanya.

"Oh tak faham ke? Macam ni, Kalau kita minum air, kita hanya merasa nikmat air tersebut lebih-lebih lagi air sejuk. Pergghhh memang sedap kan? Tapi berbeza tak minum air sejuk masa kita tengah haus dengan minum air sejuk ketika tak haus? Berbeza tak minum air ketika kita tengah terseksa kepedasan dengan minum air ketika kita tak kepedasan? Lain kan? Jadi kalau kita dah pernah rasa pedas dan rasa haus, mesti kita lebih hargai air." jelas abang tersebut dengan panjang lebar. Kali ni aku sedikit faham apa yang ingin disampaikan. Sampai tekak aku juga terasa kekeringan bila dia cerita pasal air. "bang, apa kata kita lepak kat warung depan tu, teringin pulak nak makan ABC. haus ni." ajak aku sambil tersenyum. "alahai kau ni, abang cerita pasal air je terus rasa haus ke?haha" gelak dia perlahan sambil bangun dan kami terus menuju ke warung tersebut.
Sampai sahaja di warung, kami pesan ABC. Memang dah lama tak 'pekena' ABC atau cendol dengan kawan-kawan. Tengah hari yang panas macam ni memang sedap lah nak basahkan tekak ni.

Aku termenung lagi, kali ni memikirkan kata-kata lelaki tersebut. "Bang, apa yang abang cakap tadi tu, pasal air tu saya dah faham kot." ujar aku bagi memulakan perbualan yang terhenti akibat menunggu ABC yang belum sampai lagi. "Apa yang kau faham?" tanya dia.

"Kalau kita selalu diuji dengan kesusahan, dah tentu bila kita rasa senang kita akan berusaha untuk lakukan sebaik mungkin bila kita dah senang. Contohnya bila kita buat silap pada seseorang lalu menyesal, mesti kita akan berusaha untuk minta maaf dan berusaha jadi lebih baik bila dia dah maafkan kita. Atau Allah uji kita dengan kesusahan dan kemiskinan, kita akan lebih hargai pemberian orang lain walaupun hanya sedikit. Dan bila kita dah kaya, mesti kita lebih hargai harta kita dan takkan gunakan ke jalan yang salah." panjang lebar aku ceritakan apa yang aku faham. haha. Abang yang ada di depan aku melopong je sambil mendengar penjelasan aku.

"wah, kau ni dah terlebih faham ni. Baguslah, abang pun sebenarnya tak terfikir pulak sampai ke situ. Abang pun baca kat facebook je, bukan faham sangat pun. haha. Alhamdulillah, ni lah hikmah berkongsi pendapat. Boleh tambah ilmu sikit." katanya sambil menyambut mangkuk ABC daripada tangan waiter yang baru sampai lalu dihulurkan pada aku pula, "terima kasih." kata aku dengan perlahan. Satu lagi mangkuk ABC diambilnya dan tanpa membuang masa kami terus makan disusuli dengan bacaan basmallah terlebih dahulu. Alhamdulillah, aku masih hidup dan dapat menikmati pemberian Allah ni. Tanpa aku sedar, rupanya aku dah terlupa dengan masalah aku sejak bertemu dengan abang ni, Hatiku agak selesa sekarang. Mungkin aku harus terus terang pada dia tentang masalah ini sebab dah lama ku pendam seorang diri. Ada baiknya aku cerita dan minta pendapat dia. Mana la tahu dia boleh berikan jalan penyelesainan atau setidak-tidaknya mampu menenangkan hatiku yang sedang duka lara ni.

     "Begini bang, saya ada masalah, saya baru putus tunang. Dah hampir 3 bulan, tapi saya masih belum dapat melupakan dia. Kami dah kenal 3 tahun, dan bertunang lebih setahun. Sepanjang kami kenal, kami tak pernah bergaduh dan bertengkar. Sampai lah suatu hari ada sedikit perselisihan faham. Punca nya sangat remeh, tapi itu lah titik permulaan kami saling membenci antara satu sama lain." cerita aku sambil memandang ke mangkuk ABC yang masih penuh.

"Oh macam tu, patut lah dari tadi asyik muram je. Putus tunang rupanya. emmmm, ada melibatkan orang ketiga ke?" tanya dia dengan penuh minat ingin mendengar keluhanku.

"Tak ada bang, dia orang yang sangat baik dan tak pernah berkawan rapat dengan lelaki". jawab aku pendek.

"Kalau macam tu tak usah lah risau, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Begitu juga sebaliknya. Memang begitulah dugaan orang yang bertunang lama. Bertunang kan proses perkenalan. Masa ni lah kita nak buktikan yang kita boleh jadi lelaki yang terbaik untuk dia selepas kahwin. Cuba periksa balik hubungan kau dengan Allah. Cinta ni datang daripada Allah, so cinta akan hilang kalau kita lalai mengingati Allah."

Aku tahan air mataku daripada jatuh. Kata-kata dia buat aku terharu kerana dia orang yang pertama beri harapan sebegitu. Sebelum ni bila aku google pasal putus tunang, aku akan jumpa banyak artikel yang hanya menyarankan supaya melupakan saja orang yang sudah pergi. Tapi abang ni berikan kata-kata yang agak berlainan. Sekarang aku terfikir, betul juga kata-kata dia tadi. Allah telah ambil dia daripadaku kerana aku telah lalai. Aku makin jauh dari Allah. Aku jauh daripada Allah disebabkan diri aku sendiri, bukan disebabkan bekas tunangku itu. Allah yang selisihkan hati kami berdua kerana kami lalai dalam percintaan. Kami hanyut. Dia memegang bahuku saat tersedar yang air mataku sedikit menitis. Cepat-cepat ku kesatkan takut-takut dilihat oleh orang lain. Tak ramai orang di warung tu, tapi aku tetap tak mahu orang nampak, Aku kena jaga maruah aku sebagai lelaki. Lelaki tak boleh menangis depan orang ramai.

"Cukuplah bersedih. Kalau betul kau dah jauh dari Allah, kau dekatkan balik. Mungkin Allah cuma ambil dia sementara, supaya kau sedar dengan dosa dan kesalahan kau pada Allah. Bila kau dah berubah, InsyaAllah hati dia akan terbuka untuk kau. Kalau 3 tahun kau orang kenal, abang rasa tak mungkin lah dia akan senang lupakan kau. Mungkin sekarang dia juga tengah bersedih macam kau." pujuk dia setelah nampak mata aku sudah berkaca-berkaca.
"Betul ke dia akan balik pada saya? Abang boleh jamin ke? Kalau tak, abang kena carikan pengganti dia untuk saya. haha". Gurau aku, cuba menceriakan hati. Aku senyum dan mencapai ABC untuk disuapkan ke mulut. Dia senyum sedikit cuba mengambil hati aku dengan gurauan tadi.

"Sebenarnya, abang juga pernah putus tunang. Dan sekarang abang dah kahwin dengan dia. Alhamdulillah anak pun dah dua orang. Kitorang jadi berkali ganda lebih mesra lepas berbaik semula. Sebab tu abang kata, kita takkan rasa manis kebahagiaan sebelum merasa pahitnya dugaan". Dia terus diam sambil menghirup ABC yang sudah separuh cair. Kata-kata dia seolah-olah memberi aku semangat baru yang tak pernah aku rasa sebelum ini. Aku betul-betul nak tahu cerita dia. Macam mana dia putus? Macam mana boleh sambung balik? Apa rahsianya?

Tak lama kemudian, dia menyambung, "Abang dulu macam kau juga, bergaduh bertengkar sampai putus. Lepas tu abang muhasabah diri, cuba cari kesilapan abang. Masa tu abang sedar yang abang dah lama tak pergi masjid, tak baca al-quran. Abang cuba positifkan diri untuk berubah. Abang berusaha untuk anggap semua ni berlaku berpunca daripada hubungan abang dengan Allah. Abang betul-batul jadi orang yang positif mulai hari tu. Cuba tenangkan hati dan yakin bahwa Allah akan tunjukkan jalan penyelesaian. Yakin gila-gila tau, bukan yakin sikit-sikit. Alhamdulillah beberapa bulan lepas tu, tunang abang call untuk bincang sesuatu. Kemudian kami jumpa dan dia nyatakan hasrat dia. Lepas tu kami terus je kahwin. Mak ayah abang pun pelik dengan kami, tapi diorang tak kisah sebab diorang faham yang kita tak boleh lari daripada perselisihan faham."

Patut lah dari mula lagi abang ni asyik cakap pasal hubungan dengan Allah. Rupanya dia memang pernah alami sendiri. Sekarang aku rasa situasi dia memang sama dengan aku. Tapi aku tak nak dia tahu. Aku akan diam selagi boleh, aku tak mahu ceritakan lagi pasal masalah aku. Tapi kalau dia tanya, terpaksa lah aku jawab. Kami terus makan sambil berinteraksi dengan smartphone masing-masing. Agak lama kami diam.

                                                         **************

"Eh dah nak Asar ni. Cepat habiskan makanan. Kita pergi masjid nanti. Kau imamkan solat Asar tau". tegas dia dengan tiba-tiba. Tersentak aku seketika. Imam? Bila kali terakhir aku jadi imam? Kali terakhir aku jadi imam adalah ketika aku masih seorang pelajar di kolej matrikulasi dulu. Itu lah kali terakhir iman aku berada pada tahap tertinggi seumur hidup aku. Solat lima waktu sentiasa ditunaikan secara berjemaah di surau. Dulu aku lah orang yang paling senang untuk didampingi kerana sifat rendah diri dan pendiam serta sikap mudah mesra aku dengan orang. Ramai yang suka berjumpa dengan aku untuk menceritakan masalah peribadi masing-masing. Maklumlah, aku ni sangat senang untuk orang jumpa. Pergi saja ke surau, InsyaAllah aku sentiasa ada di situ setiap kali solat fardhu. Orang ramai sudah familiar dengan muka aku. Tapi sekarang aku masih berfikir tentang punca aku jauh daripada Allah. Mungkin aku lalai dengan kehidupan dunia dan berkawan dengan orang yang juga jauh dari Allah. Hidup kat luar ni tak sama dengan di institusi pelajaran yang mana kita boleh jumpa ramai kawan yang kaki surau atau budak surau. Tapi di luar, kena jaga diri masing-masing. Ukhwah fillah susah nak dijumpai.

"jauh termenung dik. Nak pergi masjid ke tidak ni?" sampuk dia membebaskan aku dari lamunan.

Aku pandang dia lalu senyum. "okay jom pergi". Balas aku sambil mengangkat punggung daripada kerusi plastik warna merah yang aku duduk. Aku bayarkan ABC untuk dia juga walaupun beberapa kali dia menolak. Aku memujuk dia supaya membenarkan aku bayar kerana aku ikhlas dan sudah lama tak membelanja kawan. Dia cuma diam dan biarkan sahaja. Kami terus berjalan ke masjid yang hanya beberapa puluh langkah daripada warung tersebut.

Aku mengambil wuduk dan duduk di saf paling hadapan. Azan berkumandang. Seketika kemudian masjid sudah dihadiri ramai orang. Ada lah dalam 2 saf, tak ramai sangat pun. Masjid ni kecil je dan penduduk tak juga ramai. Asalnya ia cuma surau, tapi disebabkan ia dijadikan tempat solat jumaat kerna masjid lain terlalu jauh, surau ini diiktirafkan sebagai masjid oleh pihak pentadbir daerah. Iqamat sudah dilaungkan. Aku terus sahaja mencapai mikrofon daripada bilal tanpa berfikir panjang. Seolah-olah aku sudah biasa dengan pengurusan masjid ini. Aku mengimamkan solat Asar. Setelah memberi salam aku berdoa dan diaminkan oleh para jemaah. Agak panjang doa yang aku baca. Selesai berdoa, aku toleh ke belakang, mencari-mencari abang tadi. "mungkin dia ke tandas". bisik aku perlahan.

Setelah semua orang pulang meninggalkan masjid, aku masih menunggu abang tadi. Belum sempat aku menanyakan nama dan tempat tinggal setelah sekian lama bersembang dengannya di warung. Aku agak kebingungan. Ke mana dia pergi? Aku masih tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya. Aku dah cari seluruh masjid. Ternyata dia memang dah pergi. Aku duduk semula di tangga masjid seperti selepas solat zohor tadi. Termenung lagi. Kali ni termenung memikirkan kata-kata abang tadi. Mungkin Allah utuskan dia untuk menggembirakan aku dan bantu aku menyelesaikan masalah ni. Aku tak dapat lupakan bekas tunang aku tu, sebab kami dah lama kenal dan aku sangat cintakan dia. Dia lah wanita pertama yang pernah hadir dalam hidup aku. Aku nak dia jadi yang terakhir untuk aku. Mulai hari ni, aku akan berusaha untuk jadi lebih baik dan berdoa agar Allah pulangkan dia pada aku. Aku akan berusaha sedaya upaya. Itu janji aku pada diri sendiri. Aku tak mahu mengalah dan berputus asa. Identiti abang tadi masih menjadi rahsia. Aku harap dia akan mendoakan aku, dan harap akan berjumpa lagi suatu hari nanti.

Dan para pembaca sekalian. Doakan juga untuk aku agar pengakhiran cinta aku akan sama seperti abang misteri tadi tu. Terima kasih. Sedekahkanlah Al-Fatihah untukku. Semoga Allah merahmati dan membalas jasa baik anda. Terima kasih. Semoga cerita ini akan menjadi pembakar semangat bagi orang yang juga menghadapi masalah seperti aku. Komen lah jika ada kekurangan dalam gaya penceritaanku atau gaya bahasa ku. Aku bukanlah penulis profesional. Bantu aku untuk menggilap dan memantapkan lagi penulisan aku. InsyaAllah. Al-Fatihah :)

Jika Ku Pergi

Sedarlah ketika,
Aku menyepi tanpa kata,
Diam membisu tidak bersuara,
Laman sosial sunyi tanpa berita,
Sedarlah dikau,
bahwaku sudah tiada di dunia,
Ku sudah bertemu Pencipta,
Ku sudah pergi selamanya.

Rinduku terhenti,
Sayangku pergi,
Cintaku mati,
Ceritaku berakhir di sini.

Dan jika aku masih di hati,
Pergilah, pergilah dikau mencari,
Dan bila engkau telah menemui,
Terimalah, yang ditemui hanyalah,
Pusaraku

Di waktu itu,
Mungkin aku belum mengetahui,
Mungkin kau belum mengatakan,
Perasaanmu pada diri ini,
Dan di saat itu,
Aku sudah tidak berharap lagi,
Aku berhenti mengejar lagi,
Bebanmu hilang tanpa diri ini.

Cari pengganti,
Ubat luka di hati,
Cari penawar,
Sembuh duka di jiwa.

Jangan ditangisi lagi,
Jangan disesalkan lagi,
Relakan saja pemergianku ini,
Sudah terlambat untukmu,
Mengucapkan kata rindu,
Walau air mata membasahi pipi.

Doakan aku,
Kesejahteraanku,
Keredhaan Illahi,
Moga ditempatkan di Syurga Firdhausi.

Monday, 25 August 2014

Kembali Padamu

Lihat ke dalam mataku,
Betapa pedihnya yang ku rasa,
Dunia menekan jiwaku,
Hingga ku harus melupakanmu.

Bukan ku sengaja meninggalkan,
Ku simpan segala kenangan,
Aku telah mencuba sedayaku,
Untuk kembali padamu.

Ku berjalan mencari cahaya,
Namun kelam yang aku temukan,
Mengejar mimpi yang tersisa,
Tetap sepi yang aku rasakan.

Maafkan segala kekhilafan,
Dan berikan ruang dan waktu,
Aku pasti kembali padamu,
Tak akan meninggalkanmu lagi.

HIDUP DAN DUGAAN

Ku berdiri setelah terjatuh ke bumi,
Tersedar terhempas hati,
Ku berlari setelah ku lelah berjalan,
Tak daya menanggung beban.

Ini dugaan tuhan,
Masih tetap bertahan,

Namun  harus aku teruskan,
Menangis merayu kepada tuhan,
Sungguh berat semua yang aku temukan,
Ku sedar bahwa Allah masih sayang.

Lupakan segala yang telah ditinggalkan,
Sembuhkan luka yang terdalam,
Siramkan mimpi yang telah lama disemai,
Bercambah benih harapan.

Air mata berlinang,
Bantu aku bertahan,

Impian,
Jangan sesekali dibuang,
Teruskan,
Ku terus melangkah ke hadapan.

Lagu: Azad Amali
Lirik: Azad Amali

Syafaat Imam Mahdi

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Apa khabar para pembaca sekalian. hehe, baru je tadi Azad update, tapi sebab banyak masa terluang, so baik diisi dengan perkara berfaedah. ye dak? haha. Ok kali ni nak ulas sikit la pasai Imam Mahdi. Kalau diikutkan tanda-tanda yang jelas ataupun tak jelas, Imam Mahdi sangat-sangat lah dekat waktu kemunculan dia, or should i say baginda? Ok baginda. Mahdi ni dikatakan sebagai penyelamat umat manusia. Sebab tu baginda digelar AL-Masih. Kita selalu dengar Al-Masih Dajjal dan Al-Masih Isa bin Maryam. So jangan la konpius dan bergaduh pasal gelaran ni. Tak penting pun.

Azad pun sebenarnya malas jugak nak cerita pasal Imam Mahdi ni, sebab memang banyak benda yang kena cerita. Mungkin bila Azad rajin sikit ke Azad cerita lah, lagipun dah banyak yg lupa jadi kena buat revision balik tentang tajuk ni.

Bila sebut je pasal Imam Mahdi ni, kebanyakan kaum wanita akan terfikir pasal SYAFAAT baginda. OK sebenarnya bukan ramai pun perempuan yang tahu pasal ni, al-maklum lah orang sekarang mana la kisah dengan ilmu agama ni kan (SENTAP). Mungkin ada sebahagian wanita yang bercita-cita nak jadi isteri Imam Mahdi. Tapi sedarkah diorang tentang keikhlasan diorang nak kahwin dengan Imam Mahdi? Diorang nak kahwin dengan baginda hanya kerana syafaat? Hanya kerana Baginda itu ialah Imam Mahdi?

Baginda juga seorang manusia biasa yang butuhkan ketulusan dan keikhlasan dalam percintaan bahkan diterima segala kekurangan. So tak payah lah nak mimpi sangat nak kahwin dengan Imam Mahdi. Layak ke diri tu dengan baginda? cuba pikir. Tapi jangan risau, sebenarnya masih banyak lagi syafaat yang jauh lebih senang untuk kita dapat. Macam pinjaman pelajaran, kalau tak dapat loan MARA, PTPTN kan ado. Kalau tak cukup lagi apply lah Yayasan Negeri. Banyak lagi option yang kita boleh jumpa. Haha analogi yang agak tak sesuai, saje je nk hilangkan ngantuk ni hah.

Tahu ke apa lagi syafaat yang ada?
Syafaat para Nabi, para Malaikat, para Mujahidin, Alquran, para Ulama dan para Imam. (betulkan kalau Azad silap) So nak dapatkan bantuan atau syafaat ni bukan senang dan bukan juga susah. Kita kena amalkan sunnah dan Al-Quran dalam hidup kita. Jadikan gaya hidup kita sebagai gaya hidup Islam. Senang cerita, kalau kau pegang pada 2 tinggalan Rasulullah ni, KONPEM la xkan sesat sampai bila2 kan. Actually dalam hidup ni tak perlu pun kita cari benda2 pelik untuk berjaya kat dunia akhirat. Ikut je sunnah dan Alquran.

Alamak sakit belakang, Azad kena baring ni. lama sangat duduk. kbye. haha :)

IMPIANKU

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah hari ni secara rasminya azad terbuka dan tergerak hati ni nak buat blog sendiri. Mula-mula azad tak minat sangat benda-benda macam ni, tapi disebabkan kawan baik azad ialah seorang blogger yang agak terkenal dan dia selalu jugak lah cucuk-cucuk azad suruh buat blog. Maklumlah azad ni suka menulis (sebab terpengaruh dengan dia lah). Azad banyak menulis kat wechat je, facebook ke twitter ke memang haram la nak sentuh..hahaha Dan wechat tu lebih kurang 20 je friends. Masa tu azad takde pulak fikir nak orang baca azad punya karangan atau penulisan, sebab azad menulis hanya untuk isi masa lapang dan luahkan perasaan je. hehe.

Emmmmm jadi untuk post azad yang pertama ni, rasa terpanggil untuk kongsikan impian azad untuk masa depan. Majoriti masyarakat ataupun manusia lebih cenderung untuk menafsirkan masa depan itu sebagai pekerjaan, perkahwinan, pelajaran dan sebagainya. Tapi Impian yang azad nak kongsikan hari ini adalah impian yang lebih menjerumus ke arah cara hidup dan kebebasan yang pasti semua orang sangat-sangat idamkan dalam hidup mereka. haha



IMPIAN AKU?

Aku harap aku ada studio sendiri,
Yang jauh dari kesibukan kota dan kehadiran manusia,
Sunyi tanpa bunyi kenderaan dan kerja-kerja penyelenggaraan,
Dikelilingi pokok-pokok dan kolam yang menenangkan,


Menikmati bayu petang yang menyapa pada wajah yang mendamaikan,
Sambil menghirup teh hijau panas yang baru disediakan,
Tenang memerhati itik-itik di kolam sedang berenang,
Tak dilupa burung-burung di awan dan ayam-ayam di halaman.


Bebas melakukan hobi-hobi seni tanpa gangguan,
Melukis, mewarna, menggubah lagu dan bercucuk tanam,
Sesekali keluar berburu bersama 'bobcat' peliharaan,
Bermalam di hutan, sambil memanggang hasil buruan,


Ya, memang itu yang aku impikan.
Bagi orang, ianya impian yang hanya bermula daripada angan-angan,
Yang mungkin sudah tersimpan dalam hati sejak zaman kanak-kanak lagi,
Tapi aku sedar, IMPIAN ini hanya tinggal HARAPAN.



Sekian....










Popular Posts