Tuesday, 9 September 2014

CINTA REMAJA

Sepanjang hidup aku, tak pernah sekali pun terlintas dalam hati nak berkenalan dan jatuh hati pada wanita. Tak pernah terfikir yang aku akan ada perasaan pada wanita. Aku memang tak sangka aku akan sayang seseorang lebih daripada diri aku. Dan selama aku kenal dia, tak pernah terbayang dalam fikiran aku bahawa dia akan pergi, sementara atau pun selamanya. Apa yang aku bayangkan hanyalah kebahagiaan dan keseronokkan semata.

Semakin meningkat usia, aku dapat rasa beban yang bakal aku tanggung. Tekanan semakin memperlahankan setiap langkah aku. Sungguh aku sangat takut kehilangannya. Aku terlalu sayangkan dia. Aku berusaha untuk buat apa sahaja perkara yang akan mengekalkan hubungan kami. Aku korbankan cita-cita, impian, perasaan, masa depan, wang ringgit semata demi dia. Aku bukanlah orang yang terbaik, tapi aku selalu ingin berikan yang terbaik.

Menangis? Itu perkara biasa bagi aku. Hampir setiap hari aku akan menangis. Dalam seminggu, pasti akan ada hari yang aku menangis. Aku menangis kerana aku takut kehilangannya. Mungkin dia tidak pernah tahu betapa aku sayangkannya. Mungkin dia tak pedulikan perasaan aku. Tapi aku bersyukur, kerana perasaan takut ini lah yang membuat aku tak putus-putus berdoa. Aku menangis semahu-mahu, merayu bersungguh-sungguh pada Allah supaya aku dapat bersama dia suatu hari nanti. Menangis dan terus menangis. Aku tak pernah menangis sebelum mengenal cinta.

Menyesal. Pernah juga aku menyesal kerana berkenalan dengan dia. Tapi aku sedar, pertemuan dan perkenalan kami bukanlah dirancang. Aku tak patut mempersoal dan mempertikai takdir. Cinta itu fitrah. Cinta itu membuat kita memberi sepenuh rela tanpa meminta balasan. Aku hanya harapkan pertolongan Allah supaya sentiasa menjaga dia untuk aku. Kami sentiasa berjauhan. Dia tak pernah tahu apa yang aku rasa, dan aku tak mampu untuk ceritakan pada dia. Aku sangat berharap dia akan tahu.

Aku sangat takut kehilangannya. Aku tak sanggup ditinggalkan. Aku tak mahu dipinggirkan. Aku harap Allah akan sentiasa jaga perasaanya untuk aku. Cinta bukanlah segala-galanya, tapi cinta lah yang membuat aku sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Dengan harapan Allah memakbulkan doa aku. Aku yakin, masih ramai lelaki yang sama seperti aku. Jadi aku rasa aku tak perlu terlalu sedih dan berduka. Aku tahu bahawa aku harus terus berusaha supaya aku layak memilikinya. Mengharapkan masa yang menentukan segalanya. INSYAALLAH.

Nasihat aku kepada remaja, tak perlu lah sibuk mencari cinta. Cinta itu indah, tapi perlu bersedia dan perlu kuat untuk menghadapi pelbagai rintangan sebelum merasai keindahannya. Jangan salahkan takdir andai kata anda secara tidak sengaja telah jatuh cinta. Cinta itu fitrah. Cinta itu anugerah. Cinta akan membantu anda untuk memperbaiki diri. Cinta yang ikhlas akan menjadikan diri anda lebih baik daripada sebelumnya. Tapi cinta kerana nafsu hanya akan menjatuhkan dan menghenyak anda.

Kemanisan cinta hanya boleh dirasai setelah ditempuh kepahitannya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts