Refleksi diri: Bersyukurkah kita?
Kita lahir di dunia, disambut di hospital. Dijaga sebaik mungkin. Dibesarkan dengan keperluan yang lengkap. Nak itu, nak ini, semua mak ayah bagi. Makan cukup, mandi cukup, main pun cukup. Seronok sangat waktu masih kanak-kanak. Bila dah masuk alam persekolahan, mak ayah bayarkan yuran, bagi duit belanja sekolah. Tak cukup dengan itu, minta lagi pada mak untuk beli buku-buku sekolah. Tambah pula dengan kem-kem dan program luar sekolah yang memerlukan yuran, juga ayah yang bayarkan. Kita hidup senang ditanggung mak dan ayah selama lebih kurang 12 tahun di alam remaja. Di peringkat Universiti pula, kita masih ditanggung mak dan ayah, yuran, duit saku dan sebagainya. Mungkin masa ni kita dah mula berusaha untuk cari duit sendiri. Tapi masih ramai yang tak sedar, dan masih hidup selesa tanpa beban kewangan. Semuanya ibu bapa yang uruskan. Sehinggalah kita dapat pekerjaan sendiri.
Persoalannya, layakkah kita gelar diri kita sebagai manusia yang berjaya? Sedangkan kejayaan itu sendiri hasil titik peluh ibu bapa. Berjayakah kita kalau tanpa ibu bapa? Apa yang kita balas pada mereka? Dan adakah kita berusaha bersungguh2 sewaktu belajar?
Fikirkan itu dulu.
Sekarang saya bawa anda ke dimensi yang sangat berbeza daripada apa yang kita selalu lihat.
Golongan Homeless dan miskin.
Tak semua dari kalangan mereka yang lahir di hospital, kebanyakannya lahir di rumah. Dibesarkan dalam keadaan yang cukup menyedihkan. Tapi mereka tak pernah merungut. Nak makan, cari sendiri. Mak ayah hanya bagi yang termampu sahaja. Kalau nak lebih, mereka pergi kerja sendiri. Dan tak semua mereka ke sekolah kerana tak mampu. Ada sebahagian mereka yang berusaha mengumpul duit untuk ke sekolah. Tanpa bantuan ibu bapa. Begitulah hidup mereka berpuluhan tahun sehingga dewasa. Mereka sentiasa bersusah-payah untuk berjaya.
Dan kita kata mereka pemalas? Kita kata mereka tak berusaha? Kita kata mereka bernasib malang? Macam2 kata2 negatif yang masyarakat lemparkan pada golongan ini. Sekarang cuba bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan mereka. Siapa sebenarnya yang berjaya? Kita atau mereka? Siapa paling banyak berusaha, kita atau mereka? Siapa yang sebenarnya hina, kita atau mereka? Mereka berjaya disebabkan usaha mereka sendiri, dan kita pula berjaya hanya dengan bantuan ibu bapa, kita terlalu dimanjakan. Jadi apa salahnya, kita ringankan tangan, bantu mereka dengan apa cara sekalipun. Duit, tenaga dan masa. Fikir2kanlah. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment